CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 10, 2010

Hati..



Alhamdulillah.. kini aku mempunyai kekuatan untuk meghadapi segala perkara yang mendatang. Aku berdoa agar kekuatan ini sentiasa ada. Alhamdulillah juga coz result exam aku pun memberangsangkan.. walaupun ketika itu aku diamuk dengan segala masalah dan cabaran. Nak diikutkan aku memang tak boleh langsung nak tumpu pada study.. Tapi dengan masalah yg aku hadapi tu aku jadikan kekuatan untuk aku menghadapi exam… Memang susah nak percaya.. yela.. orng kalau ada problem nak study or nak buat keje pun xboleh.. otak dah serabut nak pikir pun kadang- kadang tak boleh nak pikir.. Tapi aku makin banyak problem yg dtg makin kuat semangat aku nak stdy… pelik kan? Tp… itu la aku..

Semuanya kerana hati.. kalaulah sekeping hati ini boleh diganti setelah teruk dikhianati, pasti sudah aku beli.. hati ini pernah menangis tapi belum pernah mati, hati ini cuba untuk belajar mengasihi diri sendiri, bukan untuk mereka yang tidak menghargai.. Betul tak? nak cerita lebih detail pasal hati ni banyak sangat… sedih , marah, gembira semua ada.. Apa yang penting aku mampu untuk menghadapinya dan berani berdepan dengan kenyataan.. Walaupun sebuah kenyataan itu amat menyakitkan.. InsyaALLAH aku akan cuba untuk menerima keadaan tersebut dengan hati yang ikhlas.. Yang sudah terjadi biarkan terjadi, aku akan anggap itu sebagai akhir dari kedukaan dan awal dari kebahagiaan… wahai hati tabahlah kau..