CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 5, 2013

Kuih Raya... handmade..

 Assalamualaikum.... hari ni dah 28 Ramadhan.. syukur.. lagi beberapa hari sahaja umat Islam akan menerima kedatangan syawal menandakan hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.. Tahun ini aku dan kakak aku terlebih rajin la pula nak buat kuih.. selalunya kita orang main kuih tunjuk jer...  hehehehe.. Walaupun mood raya tak berapa nak ada namun kami teruskan juga misi untuk membuat kuih. Ok la macam biasa biarlah gambar yang berbicara ok..


 Ini ialah kuih pertama yang kitorng buat... Kuih tart nenas bunga. . cantik tak? cantik kan? hehehehe... tengok tangan la... senang je sebab guna pencetak... 


Ini  pula kuih tart nenas  bunga yang sudah diletakkan jem nenas... cantik kan? hah bab yang letak jem ni aku tak seni sangat.. yang ni keje akak aku... aku... tukang cetak je.. ok la kan hehehehe..


 Kuih yang kedua kami buat kuih sarang semut. hah kuih ini paling senang... yang dalam gambar ni doh yang telah di sagat.


Lepas dah sagat tu letak la chip coklat ke.. ape ke... kat atas tu nampak la cantik hehehehe... yg dalam gambar ni tengah tunggu giliran nak bakar..


Banyak - banyak kuih..  kuih ini la yang paling aku susah aku nak buat... rumit... banyak keje... tp sedap...


Mula - mula kulit kuih di bakar seketika.. lepastu letak pulak  filling blueberry.. kuih ni yang tahu buat akak aku je... aku tolong sikit- sikit..


 Tada... siap sudah kuih cheese tart blueberry... sedia untuk di bakar dan di hidangkan untuk tetamu... Okla tu sahaja la yang dapat aku ceritakan... Di bulan yang mulia ini  banyakkan la beribadat..
Salam Ramadhan..

Sunday, August 4, 2013

Umrah

Assalamualikum... hai sudah lama laman blog ini aku biarkan.. dah bersawang agaknya..  Okla hari ini aku berkesempatan untuk update yang lepas - lepas punya cerita. Lama kan? Dah nak hampir setengah tahun baru hari ini aku berkesempatan untuk update story? Hai sibuk bebenor nampaknye kan.. (Walhal bukan nya sibuk mana pun eksen jer,,).

Ok2.. sekarang ni kita fokus pada story yang aku nak kongsikan. Em... pada 13 March 2013 alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menunaikan umrah. Aku mengikuti agensi umrah QU'INS TRAVEL & TOURS SINGAPORE. Dapat la jugak aku merasai berkunjung ke rumah Allah di tanah suci. Apa pun biarla gambar ini yang berbicara ok..
di Masjid Nabawi.. time ni tengah menunggu waktu solat Isyak.. ni pun amik gambar secara sembunyi. Mana taknya sebarang video atau camera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. Di Madinah, aku sering mendengar polis wanita di sana menjerit " ibu... ibu.... sana... sana... " Setiap kali ke Masjid Nabawi akan terdengar jeritan seperti itu. Malah masyarakat di Madinah ada yang fasih berbahasa Melayu. Bangga kan? Bila aku beritahu aku dari Malaysia, mereka sangat suka dan melayan dengan baik.
Payung masjid Nabawi ini di buka ketika siang hari. Mudahkan.. tujuannya supaya para jemaah dapat berlindung dari panas cahaya matahari. Cuaca di sana time aku pi panas kering... sampai hidung aku berdarah dek cuaca sebegitu.

Ini pula pemandangan di Masjid Nabawi ketika masuk waktu Mahgrib.. Payung yang tadi di buka di tutup. Bila aku mendongak ke lamgit terasa damai dihati... Entah la satu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan.
Hah ade gaya macam gadis Arab tak? hehehehe perasan la pulak kan.. time ni dekat Madinah juga tapi aku tak ingat pulak masjid apa.. hehehehe... dalam masjid ni sempat la buat solat sunat Duha..

 Ini la jemaah perempuan yang mengikuti rombongan umarah. Sikit kan? Memang sikit.. Agensi ni memnag tak amik jemaah yang ramai. Aku rase ok coz aku dapat belajar dan faham yela jumlah jemaah pun tak ramai kan. tak la bersesak -sesak.
Ini pula gambar famly aku bersama dengan ustaz Ali dan isterinya Hjh Rafeah.. Mereka ini lah orang yang bertanggungjawab memimpin kami di sana.
 Bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah ( tanah haram ) bagi menunaikan umrah yang pertama..
 Ini la dia pemandangan Masjidil Haram di Makkah. cantikkan? Di sini masih lagi dalam pembinaan.. tak tahu la apa pula kali ni yang kerajaan Arab Saudi nak buat.
MassyaALLAH... sewaktu aku melangkah ke dalam Masjidil Haram ini, menitis air mata aku kerana melihat KAABAH. Jauh di sudut hati aku rasa diri ini begitu hina di atas dosa - dosa yang telah aku lakukan... Melihat KAABAH hati aku mula rasa tenang, hilang segala perasaan kecewa aku, hilang rasa seronok dengan dunia. Apa yang aku rasa kan ketika ini rasa rendah diri dan penuh keinsafan.
 em... di Jabbal Rahmah.. penat la jugak mendaki sampai ke sini.. kata orang siapa yang sampai ke sini yang masih lagi mencari pasangan, berdoalah moga dipertemukan dengan pasangan yang beriman. Aku? hehehe... oppssss...
Waktu ini last day berada di Makkah.. sempat juga la bergambar..
Ini lah dia rombongan umrah. Terima kasih dia atas perkhidmatan yang telah diberikan oleh warga kerja Qu'ins Travel. ( pemandangan gua Hiraq). Ok la itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama. Ada banyak lagi cerita. Tapi aku hanya ceritakan sebahagian sahaja ok. 
Wassalam..

Saturday, December 1, 2012

Hello December.....

Assalamualaikum.... wah setelah hampir setahun aku tidak melayarkan jari jemari aku di sini... Apa mimpi kali ni ye.. Yang pastinya aku bukan bermimpi. yeah ini adalah reality.. 

Aku semakin sibuk dengan aktiviti harian aku.. tu yang tak sempat nak update blog.. tambahan pula banyak perkara yang aku nak buat dan selesaikan secara perlahan - lahan. InsyaALLAH kalau umur aku panjang dapat la aku berjumpa dengan kekasih hati.. Wah... rindunya... yup... aku sentiasa merindukannya.

Diam tak diam dah masuk ke bulan December kan? Banyak - banyak bulan, bulan inilah yang paling aku tunggu - tunggu kan.. kenape yer? ada la.. bulan yg aku rase sangat istimewa dalam hidup aku. 

Bulan ini juga untuk sekian kalinya setelah 3 tahun aku baru merasakan yang aku bebas... bebas dari segala - galanya... 

Apa pun aku harap setiap hari aku dapat pelindungan dariNya.. Moga hari ini berjalan dengan sebaiknya.. Amin..

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012.....

Askum...

diam tak diam kita dah pun menuju

ketahun yang baru iaitu 2012..

cantik je tahun ni kan.?

hope tahun ni

dapat memberikan

sinaran yang baru...

Apa pun

azam aku untuk tahun 2011 dah pun tercapai...

So untuk azam tahun 2012 ni moga tercapai jugak...

happy new year......

Monday, December 12, 2011

Happy Bufday To Me....


Happy Bufday To Me...

Happy Bufday To Me...

Happy Bufday To Me...

Happy Bufday To Me...

Syukur alhamdulillah...

aku masih lagi diberi kesempatan

untuk menerajui kehidupan yang seterusnya...

umur ku semakin meningkat

dan usia ku semakin berkurangan...

moga aku dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umo...

terima kasih yang tak terhingga kepada

yang mengingati hari kelahiran ku 12. 12...

thanks... terharu sangat....

Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan 11.11.11?

Askum...

cantik tarikh ni kan?

11. 11. 11 hehehe...

cantik jatuh pulak pada hari jumaat..

ramai la orang dok nak nikah pillih tarikh ni...

tuk aku je dah dapat jemputan kahwin 5 orang..

tu belum termasuk kawan- kawan famly aku..

Ramai kan? tuk kawan sekolah je ada 3 orang..

Nasib baik area - area johor jer.. boleh la pegi...

kawan keje aku je dah 2 orang...

Jadi sok ari cuti aku dipenuhi berkunjungan dari rumah ke rumah la jawabnya..

hehehe...

majlis masing2 start pukul 11 pagi,...

dalam tengah hari aku start la berkunjungan..

bermula dari yang dekat2 kawasan tempat tinggal aku je ni...

then baru la bertolak ke tampoi, larkin perdana dan destinasi terakhir sekali adalah pasir gudang...

Untuk kunjungan ni aku sorang jer...

tak de teman pun...

mak ngan abah aku pi jemputan lain pulak..

nak buat macam mana la kan...

Ok la..

aku nak memikirkan hadiah - hadiah yang aku nak bagi kat diorang ni...

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha..


salam aidiladha... untuk umat islam seluruh dunia...