CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 16, 2011

Bahang kesibukan mula terasa....


alhamdulillah aku masih lagi di beri kesempatan untuk mengupdate blog..

Sejak akhir - akhir ini aku sibuk sikit..

yela lepas je graduate aku sibuk mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan aku ni..

Opss tp aku tak memilih kerja ok..

Sekadar mencuba jer mana - mana yang sesuai,..

banyak juga la yang aku apply..

kalau ada rezeki aku adalah tu kan..

Tapi aku still lagi keje kat tempat lama..

tak kisah la..

orang cakap keje aku sekarang ni tak sesuai dengan kelulusan aku..

lantak la, apa yang penting aku tak menganggur

dan tiap- tiap bulan aku dapat gaji..

peh siapa yang nak bagi aku gaji kan kalau tak keje..

nak - nak aku ni kaki shopping... hehehehe....

Ok la bukan tu je yang aku sibukkan..

Memandangkan pilihan raya semakin hampir..

aku yang dah memang dipaksa untuk terjebak dalam politik ni

sibuk meeting sana meeting sini..

ceh macam orang penting je kan.. hahaha..

tambahan pula aku dipertanggungjawabkan sebagai ketua IT kat kawasan polling aku tu..

tu bermakna seminggu sebelum pilihan raya aku kene dok kat bilik gerakan huhuhu...

peh lepas ni tiap - tiap malam la aku balik lambat...

tp tak pe la sekurang- kurangnya aku sebagai generasi muda yang prihatin.. hehehe...

adala jugak keje yang aku boleh buat kan .... betul tak?

Monday, October 3, 2011

My Konvokesyen ( UKM 25 Sept 2011)

Alhamdulillah...
syukur kehadarat Ilahi,

setelah 4 tahun aku berhempas pulas,

memerah otak,

mengalirkan tenaga untuk mengecapi impian aku ini,

akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Terharu sangat - sangat..

yelah tak sia -sia usaha aku selama ini.

Mana taknya sepanjang 4 tahun ni banyak dugaan yang aku tempuhi,

tapi berkat kegigihan dan kesabaran aku

akhirnya aku berjaya mengorak langkah untuk menghadapi cabaran - cabaran itu.

hehehehe..

skema betul ayat kan??

almaklumla... graduan bahasa la kata kan...

hehehehe...

Aku bertolak dari Johor pada jam 9 pagi dan sampai di Bangi lebih kurang pukul 130 petang.

Check in pulak kat mesra homestay di Seksyen 15, Bangi.

Oleh kerana terlampau excited sangat nak konvo

sampai aku terlupa nak bawak baju - baju aku...

hahahaha....

lawak betul...

tp tu la yang jadi kenangan...

Terpaksa la aku mintak kat banker aku ( abah ) tuk membeli belah baju aku..

Tapi ok la kan... tu semua kenangan...
Thanks yang tak terhingga pada abah, mak, kakcik, abg Rawzar, kaklong sekeluarga,

uteh sekeluarga dan uda sekeluarga atas wish tu yer..

Amin....

KONVOKESYEN UKM KE-39


Ni la antara famly aku yang hadir time konvo tu...



with famly kaklong.... thanks abg long coz sudi datang hehehe..


hah ni la kakcik and abg Rawzar antara orang yang wajib hadir hehehe..

with uda and kak uda.. time konvo tu uda tak datang.. tp lepas aku konvo dia ayak aku pi putrajaya and belanja aku makan beso.. aku sorng je yg boleh order lebih dari satu hehehe....



with my lovely friends... tq mimie coz bnyak bantu aku time tu hehehe...

with my classmate... happy.... hope lepas ni kite dapat jumpe lagi....


best giler dapat bunge... hehehe...