CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 21, 2009

Ramadhan kembali lagi..

Alhamdulillah.. akhirnya kedatangan bulan yg mulia ini memberi sinaran baru dan penghidupan baru dalam kehidupan aku. Syukur.. rezeki dan hikmah yang ku tunggu2 akhirnya menampak kan hasil. Kini aku cuba untuk hidup dalam susana yang ceria walapun hatiku merintih duka.. Aku sendiri tidak meyangka aku di berikan kekuatan untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang maha hebat sejak akhir2 ini. Alhamdulilah abah dah kembali pulih dari sakit.. Tersentap jantungku bila abah sakit.. aku betul2 tidak mahu kehilangan abah.. Berkat doa dan semangat yang ada.. alhamdulilah abah akhirnya kembali sihat.. Dapat la berpuasa bersama2 aku dengan keluarga.
Oh yer.. besok dh mula berpuasa.. syukur aku dah pun tamat membayar hutang puasa hehehehe... em.. harap2 tahun ni dapat la puasa penuh.. so xpayah la nak sibuk2 ganti hehehehe... harap2 puasa kali ini penuh makna agar dapt kulalui dengan sempurna.. Amin..

No comments:

Post a Comment