CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 19, 2010

Program Jalinan Kasih Siswa UKM (PBJJ JOHOR BAHARU)


Pada 15 April 2010.. UKM mengadakan Program Jalinan Kasih Siwa di PUSPEN ( Pusat Pemulihan Nakotik) Muar. Bukit Gambir, Ledang, Johor. Program ini di bawah bimbingan DR Md Suhada Kadar. Seawal jam 7.45 pagi aku selamat tiba di sana.. Sebelum pendaftaran aku menikmati sarapan pagi.. yela lapor… pagi2 lagi dh keluar dari rumah… huhuhuhu…



Berbalik pada aktiviti di sana.. mula2 kami dipersembahkan dengan persembahan kawad PUSPEN Muar. Kemudian JRobik bersama –sama penghuni PUSPEN. Aduhai… sampai sakit – sakit badan aku ni.. mana taknye.. dh lama bebenor tak buat rengangan ni… Tapi ok la.. layankan jer la...




Selepas aktiviti JRobik.. aktiviti bergotong – royong bersama penghuni PUSPEN pula di jalankan.. Kumpulan aku di tugaskan di kawasan villa dan stor. Nasib baik tempatnye redup.. Mana taknye keliling pokok hehehehe…. Sambil bergotong – royong sempat aku menemuramah seorang pelatih.. Mula –mula tu rasa takut jugak.. tp rasa ingin tahu megatasi segalanya…




Aktiviti yang paling aku tunggu – tunggu ialah sesi perkongsian pengalaman bersama penghuni yang terpilih…. Kumpulan aku sempat berkongsi pengalaman dengan encik Mazlan. Melalui penceritaannya.. rasa tertekan dengan masalah yang di hadapi menyebabkan dia terjebak dengan ganja.. Mudahnya… betul la.. kalau kita tak kuat iman , kita jugak mudah buat perkara –perkara yang boleh merosakkan diri. Tambahan pula, penerimaan negative dari masyarakat juga salah satu sebab mereka ini terjebak kembali dengan dadah.. Kasihan memang kasihan.. mereka di sana perlukan perhatian.. dan sokongan bukan penghinaan.. Eh.. terlebih emo lak.. hehehehe…

Yang pasti sepanjang berada di sana.. best sangat.. mana tak best dapat jumpe pegawai – pegawai yang handsome2… hehehehe… gatal yer…. Alahai.. bukan gatal buat cuci mata jer… Balik dari sana lepas isyak terus aku tido… PENAT..


No comments:

Post a Comment