CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 4, 2013

Umrah

Assalamualikum... hai sudah lama laman blog ini aku biarkan.. dah bersawang agaknya..  Okla hari ini aku berkesempatan untuk update yang lepas - lepas punya cerita. Lama kan? Dah nak hampir setengah tahun baru hari ini aku berkesempatan untuk update story? Hai sibuk bebenor nampaknye kan.. (Walhal bukan nya sibuk mana pun eksen jer,,).

Ok2.. sekarang ni kita fokus pada story yang aku nak kongsikan. Em... pada 13 March 2013 alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menunaikan umrah. Aku mengikuti agensi umrah QU'INS TRAVEL & TOURS SINGAPORE. Dapat la jugak aku merasai berkunjung ke rumah Allah di tanah suci. Apa pun biarla gambar ini yang berbicara ok..
di Masjid Nabawi.. time ni tengah menunggu waktu solat Isyak.. ni pun amik gambar secara sembunyi. Mana taknya sebarang video atau camera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. Di Madinah, aku sering mendengar polis wanita di sana menjerit " ibu... ibu.... sana... sana... " Setiap kali ke Masjid Nabawi akan terdengar jeritan seperti itu. Malah masyarakat di Madinah ada yang fasih berbahasa Melayu. Bangga kan? Bila aku beritahu aku dari Malaysia, mereka sangat suka dan melayan dengan baik.
Payung masjid Nabawi ini di buka ketika siang hari. Mudahkan.. tujuannya supaya para jemaah dapat berlindung dari panas cahaya matahari. Cuaca di sana time aku pi panas kering... sampai hidung aku berdarah dek cuaca sebegitu.

Ini pula pemandangan di Masjid Nabawi ketika masuk waktu Mahgrib.. Payung yang tadi di buka di tutup. Bila aku mendongak ke lamgit terasa damai dihati... Entah la satu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan.
Hah ade gaya macam gadis Arab tak? hehehehe perasan la pulak kan.. time ni dekat Madinah juga tapi aku tak ingat pulak masjid apa.. hehehehe... dalam masjid ni sempat la buat solat sunat Duha..

 Ini la jemaah perempuan yang mengikuti rombongan umarah. Sikit kan? Memang sikit.. Agensi ni memnag tak amik jemaah yang ramai. Aku rase ok coz aku dapat belajar dan faham yela jumlah jemaah pun tak ramai kan. tak la bersesak -sesak.
Ini pula gambar famly aku bersama dengan ustaz Ali dan isterinya Hjh Rafeah.. Mereka ini lah orang yang bertanggungjawab memimpin kami di sana.
 Bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah ( tanah haram ) bagi menunaikan umrah yang pertama..
 Ini la dia pemandangan Masjidil Haram di Makkah. cantikkan? Di sini masih lagi dalam pembinaan.. tak tahu la apa pula kali ni yang kerajaan Arab Saudi nak buat.
MassyaALLAH... sewaktu aku melangkah ke dalam Masjidil Haram ini, menitis air mata aku kerana melihat KAABAH. Jauh di sudut hati aku rasa diri ini begitu hina di atas dosa - dosa yang telah aku lakukan... Melihat KAABAH hati aku mula rasa tenang, hilang segala perasaan kecewa aku, hilang rasa seronok dengan dunia. Apa yang aku rasa kan ketika ini rasa rendah diri dan penuh keinsafan.
 em... di Jabbal Rahmah.. penat la jugak mendaki sampai ke sini.. kata orang siapa yang sampai ke sini yang masih lagi mencari pasangan, berdoalah moga dipertemukan dengan pasangan yang beriman. Aku? hehehe... oppssss...
Waktu ini last day berada di Makkah.. sempat juga la bergambar..
Ini lah dia rombongan umrah. Terima kasih dia atas perkhidmatan yang telah diberikan oleh warga kerja Qu'ins Travel. ( pemandangan gua Hiraq). Ok la itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama. Ada banyak lagi cerita. Tapi aku hanya ceritakan sebahagian sahaja ok. 
Wassalam..

No comments:

Post a Comment