CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 5, 2013

Kuih Raya... handmade..

 Assalamualaikum.... hari ni dah 28 Ramadhan.. syukur.. lagi beberapa hari sahaja umat Islam akan menerima kedatangan syawal menandakan hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.. Tahun ini aku dan kakak aku terlebih rajin la pula nak buat kuih.. selalunya kita orang main kuih tunjuk jer...  hehehehe.. Walaupun mood raya tak berapa nak ada namun kami teruskan juga misi untuk membuat kuih. Ok la macam biasa biarlah gambar yang berbicara ok..


 Ini ialah kuih pertama yang kitorng buat... Kuih tart nenas bunga. . cantik tak? cantik kan? hehehehe... tengok tangan la... senang je sebab guna pencetak... 


Ini  pula kuih tart nenas  bunga yang sudah diletakkan jem nenas... cantik kan? hah bab yang letak jem ni aku tak seni sangat.. yang ni keje akak aku... aku... tukang cetak je.. ok la kan hehehehe..


 Kuih yang kedua kami buat kuih sarang semut. hah kuih ini paling senang... yang dalam gambar ni doh yang telah di sagat.


Lepas dah sagat tu letak la chip coklat ke.. ape ke... kat atas tu nampak la cantik hehehehe... yg dalam gambar ni tengah tunggu giliran nak bakar..


Banyak - banyak kuih..  kuih ini la yang paling aku susah aku nak buat... rumit... banyak keje... tp sedap...


Mula - mula kulit kuih di bakar seketika.. lepastu letak pulak  filling blueberry.. kuih ni yang tahu buat akak aku je... aku tolong sikit- sikit..


 Tada... siap sudah kuih cheese tart blueberry... sedia untuk di bakar dan di hidangkan untuk tetamu... Okla tu sahaja la yang dapat aku ceritakan... Di bulan yang mulia ini  banyakkan la beribadat..
Salam Ramadhan..

No comments:

Post a Comment